Friday 1 May 2009
Jalan Pintas ke Putrajaya - Anwar Perdana Menteri dalam Penantian
Harga : RM20
Blurb Buku :
Sebaik saja Anwar dibebaskan dari penjara tahun 2004, MSO telah meramalkan perjalanan Anwar ke Putrajaya akan melalui jalan lurus. Sokongan dan perubahan politik Malaysia memungkinkan Anwar akan menjadi PM. Bagaimana pun dalam pada itu cita-cita dan impian ramai itu akan tergendala sekirannya berlaku sesuatu yang diluar duga. Dakwaan Anwar sekali lagi terlibat dalam seks di luar tabii menghapuskan segala harapan itu. Projek 16 september juga gagal. Apakah formula lain yang dibentang dalam buku ini untuk menobatkan Anwar sebagai PM. Rahsia yang tersirat dalam buku ini penting bagi pendokong Anwar.
Monday 27 April 2009
Kesan dan Akibat
Pilihan raya Umum ke-11 Satu Tragedi
Debaran Pilihan Raya Ke-11
Anwar Comeback
Harga : RM10
Blurb Buku :
Ramalan tepat MSO menerusi buku ini di mana menurutnya Anwar akan dibebaskan pada tahun 2004. Dengan pembebasan itu menyebabkan Anwar akan membuat come back mengemudikan politik Malaysia. Kemenangan besar pembangkang tahun 2008 membuktikan bahawa Anwar masih mempunyai aura dan pengaruh yang besar.Buku ini turut meramkan detik-detik bersejarah saat Anwar dibebaskan. Penuh dengan gambar kenangan warna wani yang menarik dan nostalgik.
Saturday 18 April 2009
Hikayat Tok Guru & Tiga Abdul
Harga : RM10
Blurb Buku :
Isu pindaan perlembagaan negeri Kelantan dan Tiga Abdul menjadi momokan kepada rakyat Kelantan. Apakah ianya benar-benar menggugat kerajaan Kelantan dan mengganggui pemikiran Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?
Menerusi buku ini, penulis membentangkan kedua isu ini untuk dibahas dan dianalisis bagi mendapatkan jawapan yang konkrit. Perbahasan di dalam buku ini agak terbuka, bebas dan tanpa segan silu ataupun bias kepada mana-mana pihak.
Selain menyorot isu itu, buku ini juga turut meramal dan memilih siapakah tokoh yang bakal menggatikan Tok Guru. Ada beberapa nama yang tekah diangkat. Sejauh manakah mereka itu mempunyai wibawa dan kelayakan untuk menjadi pemimpin masa depan.
Friday 17 April 2009
Kemelut Mahathir - Abdullah, Bagaimana Anwar
Harga : RM10
Blurb Buku :
Buku ini cuba memberi kesimpulan apakah yang bakal terjadi kepada Anwar ekoran kemelut antara Abdullah dan Mahathir. Apakah Awnar mendapat untung di sebalik kemelut antara mereka berdua atau pun menyebabkan masa depan Anwar makin terhimpit? Ternyata seperti mana diramalkan kemelut berkenaan memberi laba besar keapda Anwar bila ...
Bala Balak Dan Igauan Anak Musa
Harga : RM10
Blurb Buku :
Balak merupakan komoditi kerajaan negeri yang menjadi perebutan dan sering mencetuskan perbalahan. Pas Kelantan sebelum ini sudah ada kenangan pahit mengenai isu balak sehingga menumbangkan kerajaannya tahun 1978.
Golongan langau atau lalat hijau di dalam politik telah cuba menguasai komoditi itu secara berleluasa. Mereka semakin rakus dan berani menekan kerajaan sehingga kerajaan pening di buat oleh golongan mafia ini.
Apakah isu balak bakal menggugat kerajaan Kelantan? Dan apakah kerajaan era ulama mampu menghuraikannya? Sejauh manakah Annuar Musa menjadi libaliti Umno Kelantan?ikutlah huraian di dalam buku ini.
Undurkah Mahathir? Dilema Dollah Badawi
Harga : RM10
Blurb Buku :
Buku yang mempersoalkan apakah Dr Mahathir akan berundur atau tidak. Mahathir begitu sukar untuk meninggalkan takhta yang diduduknya selama 22 tahun. MSO menghuraikan apakah imbuhan bagi Mahathir sekiranya beliau berundur. MSO membuat analisa sendiri Mahathir tidak akan berundur sekiranya beliau tidak mendapat jaminan kroninya akan terus hidup dan menguasai politik. Ternyata apa yang diramalkan itu benar apabila kini Mukhriz dilantik menjadi timbalan menteri.
Sumpah Dan Airmata Reformis Bangsa
Harga : RM10
Blurb Buku :
Buku pertama yang membela penganiayaan dan kezalimanke atas Anwar Ibrahim. Antara buku yang terlaris sebanyak 80,000 naskah terjual. Buku ini juga menjadi teks rujukan reformis. Lebih 60% pembaca adalah wanita. Buku yang mengalirkan air mata setiap pembaca yang ada perasaan perikemanusiaan. Buku ini juga menyebabkan penulis terpaksa melarikan diri kerana diburu!