Friday, 17 April 2009

Sumpah Dan Airmata Reformis Bangsa

Tahun diterbitkan : 1998

Harga : RM10

Blurb Buku :

Buku pertama yang membela penganiayaan dan kezalimanke atas Anwar Ibrahim. Antara buku yang terlaris sebanyak 80,000 naskah terjual. Buku ini juga menjadi teks rujukan reformis. Lebih 60% pembaca adalah wanita. Buku yang mengalirkan air mata setiap pembaca yang ada perasaan perikemanusiaan. Buku ini juga menyebabkan penulis terpaksa melarikan diri kerana diburu!

2 comments:

  1. salam ada lagi tak buku ini...

    ReplyDelete
  2. Masa tu, keluar saja daripada tol, dalam kereta Honda, saya duduk depan, sebelah tu saksi nombor satu, Sani, belakang Sani, Wan Azizah, Anwar duduk belakang saya.

    Jadi, saya tanya ketika itu. Saya tanya direct dengan dia Anwar Ibrahim). Kenapa Datuk Seri tak nak sumpah cara Islam. Sebab kes dia ni dah kes berat dah.

    Kes liwat, macam mana lagi cara dia nak pertahankan. Dia diaibkan satu dunia, bukan satu Malaysia saja. Satu dunia tahu yang dia kena pecat kerana seorang peliwat.

    Bila kita tak ada cara nak mempertahankan diri kita, kita dibolehkan bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattalahi. Bersumpah bahawa kita tak buat benda (liwat) tu.

    Bila saya tanya soalan tu, dia (Anwar Ibrahim) mula-mula senyum..diam. Dia kata, saya dah tanya banyak dengan ulama. Ulama-ulama nasihatkan saya supaya jangan main dengan sumpah.

    Kita bukan suruh dia (Anwar Ibrahim) main dengan sumpah. Kita suruh dia bersumpah.

    Tapi, walaupun dia cakap dengan saya, dia dinasihatkan oleh ulama supaya jangan main dengan sumpah. Empat hari selepas itu, bila dia turun di rumah saya di Batu Pahat, Johor, dia bersumpah.

    Cuma macam mana cara dia bersumpah. "Saya bersumpah dengan nama Allah, apa yang dituduh oleh media massa ke atas diri saya hari ini adalah tidak benar."

    Ini rakaman ni ada dalam youtube. Kalau tak percaya saya cakap, boleh buka di youtube.

    Anwar tak sebut pun Wallahi, Wabillahi, Wattalahi, saya bersumpah dengan nama Allah, saya tak pernah meliwat sesiapa pun. Yang itu dia tak sebut.

    Buku "Sumpah dan Air Mata Reformis Bangsa", tulisan Mohd Sayuti Omar yang turut memfokuskan sumpah Anwar di Batu Pahat. Pada ketika itu, tiada sesiapapun mempertikai sumpah Anwar yang tidak menepati syariat Islam.

    Saya bersumpah dengan nama Allah, apa yang dituduh oleh media massa ke atas diri saya hari ini adalah tidak benar. Tuduhan yang mana satu? Tuduhan liwat Sukma lima belas kali ke? Tuduhan meliwat Munawar ke? Tuduhan menyalahguna kuasa ke? Tuduhan yang mana satu tak sebut.

    Lokman Noor Adam
    http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/2011/06/anwar-pernah-bersumpah-tidak-liwat-dan.html

    ReplyDelete