Monday 27 April 2009

Kesan dan Akibat

Tahun diterbitkan : 2001

Harga : RM10

Blurb Buku :

Buku ini menyuluh apakah kesan dan akibat daripada keberanian kerajaan Kelantan pimpinan Nik Aziz Nik Mat meminda perlembagaan negeri. MSO telah memberi amaran pindana itu tidak akan merubah suasana. Kedudukan institusi Raja di Kelantan begitu teguh dan mempengaruhi rakyat. Kebenaran ini terjawab apabila pindana perlembagaan itu tidak membawa apa-apa perubahan. Dalam buku ini juga dikisahkan bagaimana politik tidak bermoral Ibrahim Ali.

Pilihan raya Umum ke-11 Satu Tragedi

Tahun diterbitkan : 2004

Harga : RM10

Blurb Buku :

BUKU mecatatkan detik-detik menjelang pilihan raya ke-11 yang dianggap memberi kelebihan kepada pembankang. Sebaliknya pilihan raya ini menyebabkan kerajaan Terengganu terkubur. Kerajaan Kelantan pula menang tipis, hanya dengan kelebihan dua kerusi. MSO mencatatkan bagaimana cemasnya di malam pengiraan undi di mana suasana di pejabat Pas kelam kabut. Detik-detik yang menggelisahkan Nik Aziz sebagai MB dirakam dengan penuh tragik dan dramatik. Inilah satu-satu buku yang merakam peristiwa yang penuh debaran itu.

Debaran Pilihan Raya Ke-11

Tahun diterbitkan : 2004

Harga : RM10

Blurb Buku :

Gambaran awal menjelang pilihan raya ke-11. MSO membuat ramalan dan analisa mengenai peluang pembangkang di beberapa negeri. Awalnya negeri-negeri Perak, kedah dan Selangor dikira akan dapat dirampas. Namun keputusannya jadi sebalik. Apakah hujah awal MSO sehingga beliau yakin. Turut disentuh ialah mengenai peluang Pas di kelantan dan Terengganu. Secara jujur MSO telah menasihatkan Pas Kelantan mengenai keputusan nanti yang mungkin tidak menggembirakan. Ternyata apa yang dinukilkan itu benar.

Anwar Comeback

Tahun diterbitkan : 2004

Harga : RM10

Blurb Buku :

Ramalan tepat MSO menerusi buku ini di mana menurutnya Anwar akan dibebaskan pada tahun 2004. Dengan pembebasan itu menyebabkan Anwar akan membuat come back mengemudikan politik Malaysia. Kemenangan besar pembangkang tahun 2008 membuktikan bahawa Anwar masih mempunyai aura dan pengaruh yang besar.Buku ini turut meramkan detik-detik bersejarah saat Anwar dibebaskan. Penuh dengan gambar kenangan warna wani yang menarik dan nostalgik.

Saturday 18 April 2009

Hikayat Tok Guru & Tiga Abdul

Tahun diterbitkan : 2000

Harga :
RM10

Blurb Buku :

Isu pindaan perlembagaan negeri Kelantan dan Tiga Abdul menjadi momokan kepada rakyat Kelantan. Apakah ianya benar-benar menggugat kerajaan Kelantan dan mengganggui pemikiran Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Menerusi buku ini, penulis membentangkan kedua isu ini untuk dibahas dan dianalisis bagi mendapatkan jawapan yang konkrit. Perbahasan di dalam buku ini agak terbuka, bebas dan tanpa segan silu ataupun bias kepada mana-mana pihak.

Selain menyorot isu itu, buku ini juga turut meramal dan memilih siapakah tokoh yang bakal menggatikan Tok Guru. Ada beberapa nama yang tekah diangkat. Sejauh manakah mereka itu mempunyai wibawa dan kelayakan untuk menjadi pemimpin masa depan.

Friday 17 April 2009

Kemelut Mahathir - Abdullah, Bagaimana Anwar

Tahun diterbitkan : 2006

Harga : RM10

Blurb Buku :

Buku ini cuba memberi kesimpulan apakah yang bakal terjadi kepada Anwar ekoran kemelut antara Abdullah dan Mahathir. Apakah Awnar mendapat untung di sebalik kemelut antara mereka berdua atau pun menyebabkan masa depan Anwar makin terhimpit? Ternyata seperti mana diramalkan kemelut berkenaan memberi laba besar keapda Anwar bila ...

Bala Balak Dan Igauan Anak Musa

Tahun diterbitkan : 2005

Harga : RM10


Blurb Buku :

Balak merupakan komoditi kerajaan negeri yang menjadi perebutan dan sering mencetuskan perbalahan. Pas Kelantan sebelum ini sudah ada kenangan pahit mengenai isu balak sehingga menumbangkan kerajaannya tahun 1978.

Golongan langau atau lalat hijau di dalam politik telah cuba menguasai komoditi itu secara berleluasa. Mereka semakin rakus dan berani menekan kerajaan sehingga kerajaan pening di buat oleh golongan mafia ini.

Apakah isu balak bakal menggugat kerajaan Kelantan? Dan apakah kerajaan era ulama mampu menghuraikannya? Sejauh manakah Annuar Musa menjadi libaliti Umno Kelantan?ikutlah huraian di dalam buku ini.

Undurkah Mahathir? Dilema Dollah Badawi

Tahun diterbitkan : 2003

Harga : RM10

Blurb Buku :

Buku yang mempersoalkan apakah Dr Mahathir akan berundur atau tidak. Mahathir begitu sukar untuk meninggalkan takhta yang diduduknya selama 22 tahun. MSO menghuraikan apakah imbuhan bagi Mahathir sekiranya beliau berundur. MSO membuat analisa sendiri Mahathir tidak akan berundur sekiranya beliau tidak mendapat jaminan kroninya akan terus hidup dan menguasai politik. Ternyata apa yang diramalkan itu benar apabila kini Mukhriz dilantik menjadi timbalan menteri.

Sumpah Dan Airmata Reformis Bangsa

Tahun diterbitkan : 1998

Harga : RM10

Blurb Buku :

Buku pertama yang membela penganiayaan dan kezalimanke atas Anwar Ibrahim. Antara buku yang terlaris sebanyak 80,000 naskah terjual. Buku ini juga menjadi teks rujukan reformis. Lebih 60% pembaca adalah wanita. Buku yang mengalirkan air mata setiap pembaca yang ada perasaan perikemanusiaan. Buku ini juga menyebabkan penulis terpaksa melarikan diri kerana diburu!